Sunday, July 19, 2009

PENTERNAKAN IKAN KELI


Penternakan Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
• Ikan Keli Kayu
• Ikan Keli Bunga
• Ikan Keli Eksotika
• Ikan Keli Limbat
• Ikan Keli Mata Kati
• Ikan Keli Rusia
• Ikan Keli Afrika

Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.

Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga

2 comments:

  1. keli keli keli goreng pun sedap ni..senang di bela leh jual lak tu dapat duit lagi..

    ReplyDelete
  2. saya menjual ikan keli limbat segar..liar..hidup2..murah2..sudin 0145150398

    ReplyDelete

assalamualaikum sila beri komen yang membina