Sunday, July 19, 2009

KEPENTINGAN ILMU DALAM PENTERNAKAN

KEPENTINGAN ILMU DALAM PENTERNAKAN

Kekurangan ilmu tentang pemeliharaan yang betul boleh menyebabkan penternak berdepan kerugian
Bakal penternak ikan keli perlu terlebih dahulu mendalami ilmu-ilmu akuakultur untuk membolehkan mereka mengimport hasil ternakan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran.

Ilmu penternakan yang diperolehi dari kursus-kursus amat berguna untuk menambah kemahiran dan pengalaman usahawan agar projek yang diusahakan mendatangkan keuntungan.

Untuk mencebur bidang yang memberi hasil yang lumayan, kita perlu ilmu. Ilmu penting supaya apa yang diusaha menjadi kualiti. Oleh itu, kita perlu mempelajari ilmu akuakultur dengan berkursus

Sindrom ‘mabuk keli’ di Malaysia juga menyebabkan ramai usahawan tergila-gila untuk memelihara ikan tersebut dengan kuantiti yang banyak dan seterusnya menanggung kerugian kerana kekurangan ilmu tentang pemeliharaan yang betul.

Kepada bakal penternak dapatkan bekalan anak ikan atau benih dari sumber yang sah untuk mengelak daripada ditipu, menanggung kerugian dan seterusnya melemahkan semangat mereka.Pengusaha di Semenanjung Malaysia masih belum memenuhi permintaan yang meningkat ini sementara pengusaha di Sarawak pula masih berjinak-jinak menceburi industri ini.

Bagaimanapun, kita masih belum terlambat. Ikan keli telah mendapat sambutan hangat. Telah diketahui ikan keli kaya dengan kandungan Omega 3 yang cukup tinggi untuk menjaga kesihatan jantung dan minda. Ikan keli merupakan satu-satu nya ikan air tawar yang mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi.

Negara jiran kita minta sebanyak 500 tan ikan keli setiap minggu. Permintaan ini belum dapat dipenuhi.

Khasiat ikan keli telah mendapat perhatian syarikat pengeluar dari luar seperti negara Jerman yang mahukan produk ikan keli dijadikan produk kesihatan dalam kapsul.
Mereka yang ingin berjinak-jinak memelihara ikan keli hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM50 sahaja untuk membeli kanvas lutsinar yang akan dijadikan kolam pemeliharaan ikan mereka.

Kolam kanvas ini berkemampuan menampung sebanyak 5,000 anak ikan keli yang akan membesar selama 90 hari. Setiap ikan keli adalah seberat 250 gram dan kita boleh mendapat 1,000 kilo. Kita anggarkan harga jualan ialah RM5 sekilo dan kita boleh mendapat pendapatan berjumlah RM5,000 dalam 90 hari.
Dari untung yang diperolehi, penternak boleh membeli tangki dijual dengan harga RM240 untuk membolehkan mereka memelihara sebanyak 1,500 ekor ikan keli.
Melihat kepada pemintaan yang semakin meningkat, harga pasaran ikan keli sekarang ialah antara RM8 hingga RM12 sekilo.

Yang penting bagi se-orang usahawan ialah usaha. Bila kita lebih berusaha yang menunggu kita di belakang adalah kejayaan dan kegagalan tidak akan menghampiri kita kerana kita sentiasa berusaha.

Kita hanya akan menempah kegagalan jika usaha kita hangat-hangat tahi ayam sahaja, tegasnya.

PENTERNAKAN IKAN KELI


Penternakan Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
• Ikan Keli Kayu
• Ikan Keli Bunga
• Ikan Keli Eksotika
• Ikan Keli Limbat
• Ikan Keli Mata Kati
• Ikan Keli Rusia
• Ikan Keli Afrika

Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.

Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga