TAWARAN HEBAT

;
Showing posts with label IKAN HARUAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN HARUAN. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Pakej Penternakan Ikan Kolam Kanvas Di Halaman Rumah







Assalamua'laikum

Kami di Keris Melayu Aquaculture telah merintis satu lagi peluang untuk menternak

secara kecilan di hadapan atau di belakang rumah anda sahaja. Kami teleh menyediakan

Pakej kolam kanvas dengan bimbingan dari kami secara PERCUMA.Kolam kanvas tersebut

boleh ditempah mengikut keluasan di tempat anda.Gambar di atas adalah contoh

pelanggan kami yang telah berjaya menternak ikan haruan dengan menggunakan kaedah

kolam kanvas. Ini juga akan dapat menukarkan hobi memelihara ikan sambil anda boleh

menambah pendapatan anda. Bagi anda yang tercari-cari peluang pendapatan tambahan

ini adalah salah satu alternatif yang menghasilkan pendapatan tambahan . Untuk

maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian en azwan 016 62 333 41 atau en.

azmi 019 474 38 55. Atau boleh email kan segala pertanyaan kepada

kerismelayu_ent@yahoo.com atau abuahmad6087@yahoo.com.my
READ MORE - Pakej Penternakan Ikan Kolam Kanvas Di Halaman Rumah

Sunday, August 9, 2009

Bakul Grading Ikan




Assalamualaikum

Untuk para penternak ikan dan hatchery tentu memerlukan

bakul untuk mengrading ikan .

Disini kami dari Keris Melayu Aquaculture menyediakan

bakul yang bersesuaian dan selamat untuk mengrading

ternakan ikan anda, tanpa melukakan ikan anda.

Terdapat 3 jenis grading dari stater medium dan grower.

Bakul ini juga dapat menjimatkan masa anda dalam kerja

mengrading ikan yang kerap anda lakukan.

Sila hubungi kami di

En Azwan 016 62 333 41 @ En Azmi 019 474 3855

Atau lawati di blog kami http://rajakeli.blogspot.com

Semoga Diberkati Allah s.w.t
READ MORE - Bakul Grading Ikan

Friday, July 31, 2009

IKAN HARUAN




IKAN HARUAN

Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesis ikan air tawar karnivor dan popular di negara ini.
Populariti ikan haruan bukan sahaja sebagai sajian makanan atau sumber protein semata-mata tetapi menjangkau sehingga kepada penggunaan dalam perubatan.

Di kalangan masyarakat Melayu, ikan haruan digunakan dalam perubatan tradisional iaitu untuk rawatan dalaman terutama ibu yang baru lepas bersalin.
Hal yang sama juga berlaku bagi masyarakat Cina dan India dan masyarakat lain yang juga terkenal dengan penggunaan ikan haruan sebagai rawatan tradisional.

Para penyelidik telah menemui sesuatu yang menarik dalam ikan haruan iaitu terdapat 17 jenis asid amino dalam ikan haruan antaranya glycine, alanine, praline, isoleucine, leucine, methanine dan throenine yang secara realitifnya lebih tinggi dalam spesis berkenaan berbanding yang lain.

Selain protein itu, ikan haruan juga mengandungi lemak dan kedua-dua merupakan komponen biokimia penting dalam proses penyembuhan luka.

Ekologi:

Terdapat 30 spesis dalam famili Channidae dan lapan daripadanya terdapat di negara ini termasuk haruan Channa striatus, Toman Channa micropeltes dan Bujuk Channa lucius. Haruan biasanya hidup dalam air cetak sedalam kira-kira satu meter. keruh dan tenang pada suhu 20 dan 30 darjah Celsius. Dengan sifat karnivor, haruan makan haiwan kecil termasuk ikan, reptilia dan amfibia.

Kelakuan/Tabiat:

Spesis ini mempunyai tabiat berenang ke air bersih dan mencari makanan di kawasan yang banyak makanan. Ketika musim kemarau ikan tersebut menyorok dalam lumpur dan keluar semula apabila keadaan kembali normal.


Reproduksi:

Secara semulajadi haruan membiak beberapa minggu sebelum musin hujan dan anak-anak ikan membesar kepada saiz dewasa bagi menghadapi musim banjir. Ini menjadi satu strategi bagi mengelakkan pemangsa seperti ular, burung dan sebagainya.

Penternakan:

Haruan membiak sama ada secara semulajadi atau juga di ladang ternakan termasuk teknik aruhan. Ikan ini mampu membiak sehingga 1,000 ekor anak ikan dan dalam kolam konkrit dengan kedalaman tiga kaki dan stok antara 2,000 dan 3,000 ekor bergantung kepada saiz kolam. Ia memerlukan empat bulan untuk membesar mencapai saiz pasaran seberat 250gm.

(Sumber Utusan Malaysia)
READ MORE - IKAN HARUAN

Video Kami Sila Tonton

Proses Mengrading Benih Keli 3" Untuk dijual

Ternakan Ikan haruan Dalam Kanvas di halaman rumah

;
;