TAWARAN HEBAT

;

Wednesday, July 8, 2009

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas





Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Ini adalah beberapa gambar ternakan ikan keli dlm kanvas yang kami usahakan.Modal yang kecil dan kolam mudah untuk di ubah alih.heehehe.
Semua nye di buat sendiri dari kerja merata tanah, kerja welding frame kolam memasang kanvas membuat sistem pengaliran semua ar dari A to Z.
So kami memang mendapat pengalaman yang amat berharga semasa dalam proses menyiapkan projek ini. Dengan Kolam yang bersaiz 16' x 7' x 3' kaki ini boleh menampung sebanyak 5000 ekor anak benih.
Sesiapa yang berminat untuk belajar kami boleh ajar secara percuma bagaimana cara -cara nye untuk menternak keli kanvas...tak dak hal ar..Jemput la datang ke kolam ikan kanvas kami kedatangan tuan puan di alukan.
READ MORE - Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

Sleeping Fish



Ikan Ketutu
Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.
Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.


Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu
Sistem Ternakan
Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti
• Ternakan kolam tanah
• Tangki fiber glass
• Tangki aquarium
• Kolam konkrit

Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad
Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.
Antara modul ternakan yang diguna pakai
• Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
• Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
• Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
• Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
• Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh < 18bulan
• Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran
Makanan
• Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
• Daging ikan yang dipotong-potong

Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.
Bekalan anak benih
1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.
2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.
Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah < 20% membantut usaha penternakan ketutu pada skala besar.
Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.
READ MORE - Sleeping Fish

Video Kami Sila Tonton

Proses Mengrading Benih Keli 3" Untuk dijual

Ternakan Ikan haruan Dalam Kanvas di halaman rumah

;
;