TAWARAN HEBAT

;

Wednesday, July 15, 2009

Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)


Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)

Assalamualaikum

Kefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik.

Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar.


Gambarajah diatas menjelaskan serba sedikit tentang kitaran nitrogen didalam air. Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam.

Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan.

Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan.

Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit.

Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam.

Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara.

Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran. Ada juga cara lain untuk mengenyahkan amonia ini, iaitu dengan penggunaan EM ( Effective Microorganism ).
Oleh kerana EM mengandungi bacteria baik seperti didalam post yang lepas ( lihat post berkenaan EM ) ,bacteria tersebut akan menjadikan ammonia sebagai makanannya. Akibatnya atau the reaction it will show the water become green don’t worry the green is good for your fish. The green itu adalah lumut yang akan menjadi makanan ikan itu semula. Akhirnya air yang sihat akan memberikan ikan yang sihat dan menjadikan daging ikan tersebut lebih segar dan lebih berkhasiat lagi.
Selamat Mencuba….
READ MORE - Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)

Pakej Penternakan Keli Kolam Kanvas




Assalamualikum

KERISMELAYU AQUACULTURE

Kami adalah sebuah syarikat Aquaculture pakar dalam bidang ternakan ikan air tawar,

Kami ada menawarkan Pakej Istimewa Untuk penternakan Keli:

1) Kain Kanvas ( grade A )bersaiz 16 x 5 x 3 kaki = RM 450

2) Frame kolam dari besi 16 x 5 x 3 kaki = RM 250

3) Anak benih ikan sila call utk harga

4) Makanan pallet ikan jenama starfeed

5) EM 1.5 L = RM 8

6) Kursus penternakan akan di beri PERCUMA. Segala bimbingan akan dilakukan dari

semasa ke semasa, sehingga anda boleh berdikari.Dapatkan maklumat terkini di blog rasmi kami http://rajakeli.blogspot.com
READ MORE - Pakej Penternakan Keli Kolam Kanvas

Video Kami Sila Tonton

Proses Mengrading Benih Keli 3" Untuk dijual

Ternakan Ikan haruan Dalam Kanvas di halaman rumah

;
;