TAWARAN HEBAT

;

Wednesday, July 15, 2009

Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)


Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)

Assalamualaikum

Kefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik.

Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar.


Gambarajah diatas menjelaskan serba sedikit tentang kitaran nitrogen didalam air. Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam.

Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan.

Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan.

Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit.

Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam.

Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara.

Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran. Ada juga cara lain untuk mengenyahkan amonia ini, iaitu dengan penggunaan EM ( Effective Microorganism ).
Oleh kerana EM mengandungi bacteria baik seperti didalam post yang lepas ( lihat post berkenaan EM ) ,bacteria tersebut akan menjadikan ammonia sebagai makanannya. Akibatnya atau the reaction it will show the water become green don’t worry the green is good for your fish. The green itu adalah lumut yang akan menjadi makanan ikan itu semula. Akhirnya air yang sihat akan memberikan ikan yang sihat dan menjadikan daging ikan tersebut lebih segar dan lebih berkhasiat lagi.
Selamat Mencuba….

5 comments:

  1. x sabar rasanye nak ternak ikan keli ni...kat rumah pun leh bila kita guna kolam kanvas..hehehhe...leh makan n jual dapat duit gak..

    ReplyDelete
  2. salam..saya ambil artikel saudara dan masukkan ke blog saya..sbb info ini amat berguna...kalau tuan x izinkan saya akn remove...anyway terima kasih atas info berguna...

    ReplyDelete
  3. cuma satu permintaan ku ini doa-doa kan supaya kami berjaya di dunia dan akhirat ye sahabat...kalau boleh tolong add blog saya ni kat blog tuan tu ...terima kasih

    ReplyDelete

assalamualaikum sila beri komen yang membina

Video Kami Sila Tonton

Proses Mengrading Benih Keli 3" Untuk dijual

Ternakan Ikan haruan Dalam Kanvas di halaman rumah

;
;